Wednesday, April 13, 2011

get set.... GOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!

yup, finally dah nak abes dah semestaaaaa 2 nih... macam2 dah jadi...

bese r idop an? kalo ak batu, maybe xde ape yang dah jadik kat diriku yang comel ini :P... papapun, ak skrang tengah nak focus kat study,


but i can't kalo ak x tenang... jadi.... jadi...jadi....erm~ ntah r nak type ape gak nih... i'm not a good writter, jadi... ak ak mmg x lah sePOWER mana dak2 len g coret mencoret...cirit mencirit....erm.... agak selekeh di situ...ahahaks... tok kengkawang yang nak ambek final exam x lame g... GUD LAKKKKK!!!!!!!

 xcerly ak nak ckap kat diri ak sendiri, sebab xde yang nak wish...huhuhu... sadisss... :P... anyway.. aritu time gi dpan bilik one of my lecturer, ada kata2 azimat...ceh, cam power jerk bunyik... kata-kata tu berbunyik bergini ~ kaya x bermakna bahagia...full mark x bererti kita pandai.... apabila kita bahagia...insyaAllah kita pat fokus... erm~ lebih kurang gitu lah kot kate2 dia.... sooooo, skrang nih, ak just nak tenagkan ati aku, bahagiakan diri ak, and ilmu senang nak masok :DD... anyway, masalah just menyekat kepala otak ak pikir benda bek2... n b4 ak abeskan kata2 terakhir nih... bace lu tips periksa...heee~~


peperiksaan adalah medan ujian bagi setiap orang, tak kira kecil atau besar. post kali ini menekankan lagi tips peperiksaan dan fokus kepada persediaan menghadapi peperiksaan.antaranya: 
1. Semak jadual 

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
 

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
 

2. Kunci peperiksaan
 

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
 

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
 

3. Tentukan keutamaan
 

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
 

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
 

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
 

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
 

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
 



5. Merancang persiapan peperiksaan
 

Ada 3 perkara yang perlu diamalkan calon bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
 

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, rajin,kuat dan tambahkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
 

Selain di sekolah/ipt/rumah/asrama, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja anda berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
 

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda akan jatuh sakit.
 

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa sihat dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di kelas mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah/asrama. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
 

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
 

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
 

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
 

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
 

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
 

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
 

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
 

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
 

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
 

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
 

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
 

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
 

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
 

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
 

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
 

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
 



7. Berdoa dan bertawakal
 

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
 

semoga tips yang diberikan sedikit sebanyak membantu anda menghadapi peperiksaan dengan tenang. kata-kata motivasi: "Usaha Tangga Kejayaan"
 
salam sukses!



wooooooookkkkkkkkeeeeeeeehhhhhhh....papapun, good luckzzzzzzz kat miZs epal Hijo, miZs StroBEri, miZs LongAn, miZs LangSaT, miZs Ciku, miZs kiwi-wanna-be, and semua r.....erm, sampai  x sempat nak mention dah... daaaa~


No comments:

Post a Comment

best tak blog nih?

i love....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...