Saturday, July 16, 2011

LWK : bOdOh, TuAn.... (^_^)

3 sahabat




Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak ke mana-mana. Bak kata orang cam belangkas gitu…

Pada suatu hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang minah cun nih melalui MUKA BUKU, lalu mengikut minah itu pergi entah ke mana tanpa pengetahuan dua orang rakannya.

Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan mengambil keputusan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahajalah yang masuk membuat laporan.



(semasa di balai… )



BODOH: Selamat pagi, tuan.
POLIS: Selamat pagi, Ada apa yang boleh saya tolong?
BODOH: Saya datang hendak membuat aduan, tuan.
POLIS: Owh… begitu. Siapa nama awak?
BODOH: BODOH, tuan.
POLIS: Apa??
BODOH: BODOH, tuan.
POLIS: Tolong ulang sekali lagi !!! (dengan nada marah)
BODOH: BODOH, tuan.
POLIS: Apa kena dengan awak ni hah?? Mana pergi sopan-santun awak??!
BODOH: Ada di luar, tuan.
POLIS: Haish!!! Budak ni..!!! awak datang sini untuk cari masalah ke??!!
BODOH: Ya, tuan. Bagaiman tuan tahu?
POLIS: Arggghhh !!!! (bengang sambil menarik-narik rambutnya)

BODOH: .....blur.....

No comments:

Post a Comment

best tak blog nih?

i love....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...