Monday, August 22, 2011

Alamak! teda air bah kan?!!


Assalammualaikum and salam sejahtera READERS….



kejadian berlaku di sini ...









~K.M.L a.k.a Kolej Matrikulasi Labuan~






**********************************************************************************


Burung berkicau ayam pula dah mula berkokok… siang dah rupanya.
Matahari dok  jenguk-jenguk jendela bilikku,  memberi signal  hari dah siang…
Aku masih sayang untuk melepaskan selimut lembut tebal yang dari malam semalam menyelimutiku…
“Argggggggghhhhhhhh… sambung je lah tido lu, dalam 5 6 minit lagi aku bangun lah  …. “ bisik hati pemalas…
 Ku sambung balik tidurku bersama mimpi enak yang kadang-kadang tidak logik dek akal…
Pasal apa nak hirau? Biasalah mimpi kan…  terjun bangunan pun still tak mampus lagi…

**********************************************************************************

Tet tet… tet tet… tet tet…
Bunyi yang terus mengganggu tidurku..
Ku terus  mencapai telefon ala-ala artis jepun tu dan melihat paparan skrinnya yang agak gelap sedikit…
Terusku tekan satu butang telefon tersebut …..”Apa!!!!!!!!”  gila kentang aku terkejut bila mendapat tahu jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi… nasib je masih belum masuk waktu Zohor..

Bingkasku bangun dan mencapai tuala serta baldi usangku, tanda bersedia untuk mandi….
Khusyuk aku memerhatikan sekeliling blok Madani D, nampaknya masih ramai lagi gadis sunti belum mandi… mungkinkah senasib denganku atau sengaja menunggu puteri cantik untuk bersiram bersama…
Aku terus menuju ke arah bilik air aras 1 zon b…. tiada kelibat manusia pun di situ… mungkin sudah terlalu lewat kot aku mandi, jadi aku terus melangkah masuk ke tandas tersebut tanpa ragu…

“pergghhhhhhhhh, gila hancing bau jamban!!!!” bisik hatiku marah… terusku meluru ke arah sinki dengan niat ingin memberus gigiku yang selalu menjadi pujian rakan-rakan.
Ku putarkan perlahan-lahan paip sinki dengan harapan air akan mencurah-curah… 
Harapanku hampa pabila air yang ku harapkan itu tidak muncul keluar dari mulut paip tersebut…
Dengan hati yang hampa berbaur marah sedikit dengan pihak kolej kerana tidak menyelesaikan kes kekurangan air di asrama , aku terus mengorak langkah menuju ke “port” paling popular tika tiada air.

Port yang agak-agak sedikit je budak ostel aku tau yang tempat berair, menjadi pilihanku …
Agak terkejut bila terlihat barisan memanjang ke arah belakang paip tunggal tu…
Nampak gayanya, terpaksalah aku menunggu giliran yang paling belakang nih.
Nasiblah aku bertemu dengan seorang kenalan yang agak ramah… kami bercerita agak bersungguh-sunguh  pok pek pok pek sehingga barisan tersebut semakin pendek.

“Yes, tinggal dua orang gi nak sampai ke paip tu!” girang hatiku…
 Tapi…. Air tu dah macam agak perlahan mengeluarkan air dari mulutnya...   
Ku terus mengharap agar aku sempat menadah air dari paip tu.  Muka-muka hampa terus bertambah di barisan belakangku… rasanya harapan kami sama…

Nak di pendekkan cerita, aku memang tak sempat menadah air di paip tersebut…

Aku terpaksa mengembara lagi untu mencari sebaldi air. One of my member rasanya tak perlu risau lagi kot, sebab dia dah cukup beli agak-agak 12 katon air MINERAL…. Ok, aku highlight ye… MINERAL!!!
Gila lah bila aku belek-belek tulisan kat botol tu, dia beli air mineral untuk mandi + minum… asal duit ada dalam poket, semua boleh jadi.
Aku sedar siapa diri ini, jadi aku terus berhenti berangan dan teruskan pencarian yang tadi tadi belum selesai.



**********************************************************************************



Yeah… tu dia, air termuntah-muntah dari paip di hujung blok…
Aku mempercepatkan langkahku menuju paip tersebut, walaupun jelas sudah berlangsung keramaian menadah air.
Tempat tersebut memang gila open, agak-agak pandai nak cover mandi… boleh lah mandi kat situ, tapi masalahnya….
Lokasinya memang betul-betul berdekatkan dengan belakang café TM (Tanjung Muara) and tempat anjing liar lepak.
Masaklah semua gadis-gadis (termasuk aku) !
Apa yang penting bagiku pada saat itu, aku ingin mandi….
Dan terus pergi beli makanan tengah hari! Irama musik perutku, hanya Tuhan sahaja yang tahu!

Ku lupakan sejenak anjing-anjing yang dok skodeng aku dari tadi.
Ku terus mancapai gayung dan mula menggosok gigi.
Dengan ke”LIYAS”an yang ada pada anjing tu, aku terus didekatinya….
Aku mula cuak, begitu juga dengan member sebelah….
Rasa nak sumpah je anjing gila tu, mana tak nya?
Aku dah ready nak mandi dah, dia dok kejar!
Nasib aku baik, ada tangga berdekatan dengan tempat kejadian.
And anjing tu dah penat kejar aku tengah jalan tadi sebab tengok gadis yang dikejarnya itu agak cun!
“tak sampai hati pulak aku nak gigit ko , ko cumil sangat” katanya dalam bahasa anjing
“Hehe… tau pun :P”

Jam sudah menunjukkan angka 2 petang…
Manusia di blok aku terus menjerit “ada air!!! ada air!!!”
Then, aku baru mula mencapai tuala untuk mandi! Sebab ku sudah maklum air tersebut hanya bertahan untuk beberapa minit sahaja…
Rumate aku dari tadi dah mandi, erm~ sabar je lah…



**********************************************************************************
                                                                             

              
Begitulah sedikit  kehidupanku di Kolej  dahulu…
Masalah air sentiasa berlaku, dan perkara yang sama telah berlaku sebelum aku mula mencipta sejarah di sana…
Cuma pada batch aku, cabaran ditambah dengan kewujudan anjing liar!
In the end of the year, my college had found “mata air” di bawah kolej tersebut!

And right now, junior-junior aku dah tak rasa apa yang batch sebelum mereka lalui , seperti :     

  • Angkut air dari kompleks kuliah ,
  • Mandi di menara pentadbiran di awal subuh (sebelum pejabat bukak)
  • Berbaris panjang demi satu-satunya paip yang ada air di Kolej tersebut!
  • Menadah air sampai jam 1 (semata-mata nak mandi malam)
  • Menjelajah seluruh kolej, semata-mata nak cari punca air! (termasuk asrama lelaki~ and FYI, blok lelaki tidak mengalami masalah air)
  • Ada member sanggup mandi di flat lecturer…
  • Escape kelas semata-mata nak mandi pagi dan tadah air!
  • Menempah air dari luar, semata-mata  nak minum air fresh!

Erm~ what a tough live I had back then…
But when I flash back, that’s the best memories ever…


I found my best friends…


she's my best friend and also my ex-Room mate :')





teman seperjuangan mencari air, my ex-room neighbor :D 







Estrange our relations and share information regarding the water thingy~
And make me patient person sometimes J






Please appreciate every drops of fresh water, cause you don’t have any idea how terrible it’s when you’re out of these stuff~




Peace~ I’m out J

No comments:

Post a Comment

best tak blog nih?

i love....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...